Friday, March 13, 2009

Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

>> Tidak,
>> Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai
>> masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
>> jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab
>> jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan
>> usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan
>> untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan
>> anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
>>
>> Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat
>> untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr
>> Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak
>> beriman kemudian nanti.
>>
>> Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita
>> selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya,
>> apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg
>> bersama masalah.
>>
>> Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
>> terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri
>> telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
>> mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak
>> mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli
>> durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
>> membayar berlipat ganda.
>>
>> Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
>> motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda
>> pun mengeluh,
>> alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah
>> motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si
>> penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
>> memandu kereta di tgh2 bandar raya.
>>
>> Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2
>> membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
>> Semua benda, pasti ada baik buruknya.
>>
>> Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh
>> agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan
>> shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk
>> sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
>>
>> Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki
>> ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain
>> menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga
>> turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda
>> membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
>>
>> Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal
>> dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih
>> malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian
>> menjadi nyata?
>>
>> Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
>> berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu
>> ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar
>> dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu
>> sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah
>> tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar
>> berpaut tatkala cuba mendaki naik.
>>
>> Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti
>> tuntutan2nya.
>>
>> Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang
>> menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan
>> menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari
>> ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
>> rahsia2nya.
>>
>> Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin
>> kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu
>> dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda
>> membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak
>> terhalang. "
>>
>> Seorang teman pernah berpesan..
>>
>> "Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
>> Dia datangkan petir dan kilat..
>> kita menangis dan tertanya-tanya,
>> kemana hilangnya sinar..
>> Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
>>
>> `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya
>> imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan
>> dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
>> Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Save Big on Notebooks and Projectors in Dell's 48 hour Deals - March 18-19 Only.

No comments: